100 Kad Raya Untuk Dihantar [PERCUMA]

On August 28, 2010, in tentang saya, by shahrulfaizi

Hai kawan-kawan sekalian, terima kasih kerana melayari blog saya ini. Saya harap anda semua sihatlah hendaknya. Bagaimana? Dah shopping raya? :)

Baiklah, entri saya untuk kali ini ringkas sahaja, sempena tahun pertama saya beraya sebagai usahawan internet dan juga blogger, saya ingin menghantar kad raya kepada 100 orang yang terawal. Bukan apa, sebagai tanda penghargaan saya buat anda.

Saya juga akan mengadakan Cabaran Kad Raya, cabaran ini adalah tertutup. Maklumat cabaran akan dimaklumkan melalui email yang anda daftarkan. :)

Apakah hadiahnya nanti? Untuk 5 orang yang bertuah, saya akan memberikan duit raya pada hari raya nanti? Bagaimana? Ok tak? Jika anda mahukannya, sila daftarkan diri disini ya. Tetapi ingat 100 orang terawal sahaja. Klik sini untuk mendaftar. Jangan lupa respon email yang saya hantar ye.. :)

P.s: Saya harap, anda sudi menerima kad raya daripada saya yang tidak seberapa tu nanti.. )

Penting! Tarikh tamat pendaftaran pada 29 Ramadhan ini.

Tagged with:  

Panduan Jana Wang Online

On August 24, 2010, in ebook, by shahrulfaizi
“Pening Kepala Mencari Model Perniagaan Internet Apakah Paling Sesuai Untuk Anda? Usah Khuatir Lagi, Yang Anda Cari Ada Di Sini. “
Mengapa Memilih Perniagaan di Internet?

Ketika anda sedang membaca tajuk tip diatas, sebenarnya sudah terdapat jutaan orang yang menjana pendapatan secara fulltime di internet. Mereka mempunyai “office hour” mereka tersendiri, bekerja dari rumah, mempunyai banyak masa bersama keluarga serta rakan-rakan mereka.

Adakah kehidupan sebegini yang anda mahukan dan impikan? Jika jawapan anda adalah Ya, teruskan membaca! Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus memulakan perniagaan internet :

Modal Rendah

Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari RM100 sahaja!

Waktu Kerja Yang Fleksibel

Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9 pagi-5 petang apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri.

Bekerja Dari Rumah

Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja.

Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari, iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna, dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!. Banyak tu, macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan.

Pasaran Antarabangsa

Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan. Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!

Perniagaan Yang Automatik/Autopilot

Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun anda sedang tidur.

Perniagaan Online Dari Hobi & Minat Anda

Ini antara sebab kenapa ramai yang ingin memulakan perniagaan secara online. Kita boleh menukarkan hobi dan minat kita kepada perniagaan. Lakukan sesuatu dengan penuh minat akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan bebas dari tekanan.

Lebih Dari Satu Perniagaan

Memandangkan kos untuk memulakan perniagaan internet adalah rendah dan boleh dijalankan secara automatik, maka anda boleh menjalankannya lebih dari satu jenis perniagaan. Anda tidak perlu mengambil pekerja kerana semuanya boleh dilakukan secara automatik dan ianya berfungsi 24/7 untuk anda.

Oleh itu, pada hari ini saya ingin mencadangkan sebuah panduan yang mungkin dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan internet anda sendiri dengan teknik serta kaedah yang betul dan sebenar.

Di dalam ebook Panduan Jana Wang Online yang ditulis oleh saudara Asyraf Aziz ini bakal membongkar 30 + 1 Teknik Eksklusif bagaimana anda boleh memulakan perniagaan internet anda dengan beberapa kaedah yang amat-amat berkesan. Klik Sini

Apa yang menariknya, ebook ini turut disertakan bersama sebuah video tutorial LIVE bagaimana beliau (Asyraf Aziz) akan membimbing anda untuk mempraktikkan salah satu teknik yang terkandung di dalam ebook Panduan Jana Wang Online ini.

Terus terang saya katakan, harga yang beliau berikan umpama nak bagi produk ‘Blueprint’ beliau ini secara percuma sahaja. Langsung tak masuk akal! Tetapi apabila anda lihat harganya yang murah begitu jangan pula anda beranggapan ilmu dan teknik yang telah beliau kongsikan boleh dipandang enteng. Jika anda fikir begitu, saya minta anda buang mind-set yang negatif sebegitu 10 saat dari sekarang…

Dapatkan ebook Panduan Jana Wang Online ini sekarang, dan anda tentukan sendiri nilai isi kandungannya kelak sama ada berbaloi-baloi atau tidak. Klik Sini

Semoga dengan perkongsian ini anda bakal memulakan perniagaan internet anda sendiri melalui saluran yang betul dan sah kelak. Salam sukses saya ucapkan!

Ilmu Adalah Rahsia Kejayaan Semua Orang

On August 22, 2010, in tentang saya, by shahrulfaizi

Tahukah anda, dalam masa 10 hari pelancaran sahaja,Ebook _____ telah berjaya dijual sebanyak 425 unit?? Dan akan dinaikkan harga lebih tinggi selepas ini?? Jika anda belum memilikinya, jangan lepaskan peluang! Layari http://www.TeknikSplit.com/

Sila Klik Butang Play Untuk Menyaksikan Video Di Bawah Ini

Alhamdulillah.. Selama 9 bulan mengharungi perniagaan internet, kini saya berjaya menjana pendapatan di internet! Ya.. Menjana pendapatan sampingan di internet, salah 1 nya menerusi pemasaran affiliate!

Terus terang saya katakan, anda tidak akan dapat menjana pendapatan menerusi pemasaran affiliate seperti saya jika anda tidak mempunyai ilmu dan cara-cara untuk menjalankannya..

Bagaimana saya menimba ilmu?

Untuk pengetahuan anda, sudah lebih daripada 80 ebook saya baca, tidak kira percuma atau pun berbayar. Ini belum termasuk buku-buku fizikal, artikel-artikel di internet lagi. Saya sentiasa dahagakan ilmu untuk saya berjaya dalam perniagaan internet. Apa yang penting, perkara yang perlu anda tahu ialah, perniagaan internet sebenar bukanlah skim cepat kaya! Anda kena menimba ilmu dahulu jika mahu berjaya!

Diatas ini adalah pendapat daripada Sifu saya (Jamal: Pakar Ebook).. Beliau juga adalah seorang rakan saya di dunia internet! Saya juga [pernah menghadiri seminar, bengkel, sesi mastermind dan apa sahaja yang berkaitan perniagaan internet, semata-mata untuk menimba ilmu.. Tahukah anda, berapakah jumlah keseluruhan yang saya laburkan untuk ilmu selama ni? Sudah semestinya mencecah ribuan ringgit.. Tak percaya? TERPULANG! Tetapi apa yang saya dapat? Saya dapat pulangan lebih daripada apa yang saya laburkan! Ya! Itulah kelebihan melabur untuk ilmu kerana ia sudah semestinya BERBALOI!

Dan sekarang, tidak dinafikan, Inbox FB saya dan email, sentiasa di penuhi dengan pertanyaan orang ramai tentang perniagaan internet. Mereka berminat untuk menceburi perniagaan internet menerusi pemasaran affiliate, seperti yang dilakukan oleh saya dan usahawan-usahawan internet yang lain..

Oleh yang demikian, saya sudi mencurahkan ilmu kepada mereka yang serius dan berminat  dengan menyertai kelas online saya.. Buat setakat ini, sudah lebih daripada 25 orang telah menyertainya.. Dan saya cuba beri support yang terbaik kepada mereka untuk memulakan langkah pertama dengan mempelajari ilmu tentang pemasaran affiliate daripada saya..

Anda berminat? Jangan lepaskan peluang!

Layari www.RahsiaMenjadiAffiliate.com

P.s: Kuota kelas online hanya tinggal 8 kekosongan sahaja lagi.. Akan ditutup buat selamanya, pada bila-bila masa. Bagi mereka yang menyertainya, hanya 10 orang yang terpilih dan bertuah sahaja akan menyertai Projek Rahsia Menjadi Affiliate dan berpeluang menimba ilmu daripada saya secara bersemuka yang bernilai RM500! Oleh itu, sila bertindak! Klik Sini

Buat Duit Dengan Facebook

On August 15, 2010, in ebook, by shahrulfaizi

*Entri ini tiada kena mengena dengan Program Login Facebook Dapat Duit seperti yang saya tulis di dalam entri yang lepas.

Apa kena dengan tajuk untuk entri kali ini ya? Buat duit dengan facebook?

Baiklah, entri untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang medium pemasaran yang hangat di gunakan oleh usahawan-usahawan zaman kini iaitu Facebook, tidak kira perniagaan online mahupun offline, tak kira produk digital, mahupun produk fizikal.

Medium Pemasaran Facebook

Ya, sejak kebelakangan ini, saya dapat lihat, ramai orang bersosial di Facebook, dalam masa yang sama, usahawan-usahawan yang bijak akan mengambil peluang menggunakan Laman Sosial Facebook sebagai medium pemasaran perniagaan mereka.

Tidak dinafikan, saya juga terlibat sama! Baru-baru ini, saya cuba menggunakan sebaik mungkin laman Facebook untuk menjana pendapatan menerusi pemasaran affiliate dan ianya terbukti berkesan! Memang menarik, disamping ber”Facebook” saya dapat menjana pendapatan secara sambilan. Best… Anda pula bagaimana? Dah ada akaun Facebook? Kalau dah, sila lawati Fan Page saya.. http://remajablogger.com/fanpage

Tetapi jika anda tiada akaun faebook, anda tidak perlu risau, anda boleh mendaftar secara percuma, layari www.facebook.com ya.. Senang juga guna facebook ni, anda tidak perlu pandai dalam bidang IT.. Keluarga saya, semuanya dah ada akaun Facebook masing-masing.. Memang menarik.. Jangan Lepaskan peluang.. (terlebih promote plak)

Saya sangat menggalakkan anda mencuba dengan melakukan pemasaran melalui Facebook untuk perniagaan anda, akan tetapi sila lakukan teknik promosi yang beretika ya. Jangan sesuka hati tag gambar produk anda kepada orang yang anda tidak kenal. Ini akan memburukkan nama perniagaan anda sahaja. Saya sendiri tidak suka orang tag gambar produk mereka sesuka hati kepada saya. Walaupun produk mereka membuatkan  saya berminat, tetapi disebabkan cara promosi yang mereka buat tidak beretika, saya berkeras untuk tidak membeli dengan mereka. Hati-hati ya..

Adakah anda tidak mempunyai produk untuk dijual? Jika ya, apa kata anda promosikan produk-produk affiliate? Ya, promosikan produk orang lain dan anda akan mendapat komisyen apabila jualan terhasil. Ianya sangat mudah untuk dilakukan, jika kita tahu teknik dan cara sebenar untuk menjalankan pemasaran affiliate menerusi Facebook.

Menerusi pemasaran affiliate, anda tidak perlu melayan karenah pembeli dan sudah semestinya tidak perlu pening kepala untuk mencipta produk. Apa yang perlu anda buat promosikan produk tersebut sahaja. Itulah peluang pendapatan paling mudah yang saya perolehi menerusi affiliate dan saya yakin sesiapapun boleh melakukannya. Jika anda tak tahu apakah affiliate, sila dapatkan laporan percuma Rahsia Menjadi Affiliate yang saya sediakan sila layari: http://www.rahsiamenjadiaffiliate.com/

Teknik Split Affiliate

Di atas ini pula ialah Ebook Teknik Split Affiliate yang baru sahaja dilancarkan pada 1 Ramadhan yang lepas dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam masa 3 hari sahaja, sudah lebih 120 unit terjual. Salah 1 teknik yang didedahkan di dalam ebook ini, ialah teknik mempromosikan produk affiliate menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada di dalam Facebook. Terus terang saya katakan teknik tersebut terbukti berkesan kerana saya dan usahawan-usahawan internet yang lain sudah mencubanya.

Keterangan Lanjut Sila Layari http://www.rahsiamenjadiaffiliate.com/tekniksplit/

Ebook ini tidak semestinya untuk mereka yang ingin memasarkan produk affiliate sahaja. Ia sangat sesuai untuk semua perniagaan yang ingin menggunakan Laman Sosial Facebook sebagai medium pemasaran. Kesimpulan yang tepat ialah Teknik Soft Selling. Oleh itu, sila pelajari teknik tersebut, jika anda mahu menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.

Baiklah, semoga perkongsian ini, bermanfaat untuk anda semua, kalau ada apa-apa nak tanya, anda boleh hubungi saya diruangan yang telah saya sediakan.

P.s: Ada komen? Tinggalkan dibawah ini ya.

Teknik Split Affiliate | Rahman Basri

On August 12, 2010, in ebook, by shahrulfaizi

Nampaknya sudah hampir 2 minggu saya tidak mengemas kini blog saya ini dengan entri yang baru. Walau apa pun, terima kasih kepada anda semua kerana masih sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini.

Sebelum terlambat, kepada muslimin dan muslimat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang sudah menjelang ini. Semoga kita semua mendapat rahmat daripada yang maha esa untuk ibadah puasa kita kali ini.

Baiklah, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika membuat anda semua tertunggu-tunggu entri terbaru daripada saya. Tidak dinafikan, bulan ini saya agak sibuk untuk perniagaan keluarga saya. Sudah jadi kebiasaan di bulan puasa, banyak baju tempahan baju kurung yang hendak dijahit tetapi saya tetap melakukan kerja online sekurang-kurangnya 1 jam sehari seperti biasa.

Untuk perkongsian kali ini, saya ada berita baik untuk anda semua iaitu rakan saya, saudara Rahman Basri baru sahaja melancarkan Ebook beliau yang bertajuk Teknik Split Affiliate. Bagi usahawan internet, terutama sekali yang menjalankan pemasaran affiliate, sudah semestinya mereka mengenali siapa Rahman Basri ini. Beliau seorang usahawan internet sambilan dan bekerja sebagai guru di dunia nyata.

Untuk mengenali lebih lanjut tentang pencapaian beliau di dalam pemasaran affiliate, anda boleh melayari laman web terbaru beliau, sila klik sini

Gathering IM Kajang

Baru-baru ini saya baru sahaja bertemu beliau untuk kali kedua di pejabat seorang usahawan internet (Suthan M). Beliau sentiasa sempoi dan sporting orangnya. Baiklah, kita kembali ke tajuk utama entri ini, sukacita dimaklumkan, saya sudah membaca ebook terbaru beliau Teknik Split Affiliate dan saya juga ada memberi testimoni berkenaan ebook beliau. Jika nak tahu apakah testimoni saya, sila layari laman web yang saya nyatakan di atas ya.

Pendedahan Terbaik Rahman Basri

Ebook Teknik Split Affiliate adalah pendedahan dan pengalaman sebenar saudara Rahman Basri mempromosikan 3 produk affiliate dalam 1 masa dan dapat menghasilkan jualan untuk ketiga-tiga produk tersebut tanpa menganggu beliau menumpukan perhatian mempromosikan produk beliau sendiri iaitu Ebook Panduan Emel ketika itu.

Bagi saya, ebook beliau sangat-sangat berharga kerana pendedahan yang beliau bongkarkan tentang teknik yang beliau gunakan tidak terdapat di tempat lain. Oleh itu, jika anda seorang affiliater atau pun ingin menceburi bidang pemasaran affiliate, ebook beliau sangat sesuai untuk anda. Tak percaya? Klik sini

Saya tidak mahu cerita panjang tentang ebook beliau kerana beliau telah ceritakan lebih lanjut didalam laman web tersebut. Jika anda berminat dengan teknik beliau, jangan lupa dapatkan segera sebelum harga dinaikkan lebih tinggi ya. Akan tetapi, kalau harga dinaikkan sekalipun, anda tidak perlu risau kerana ebook tersebut amat berbaloi untuk dimiliki.

Sampai disini sahaja entri saya untuk kali ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi membacanya sehingga tamat. Kalau tidak keberatan, jangan lupa tinggalkan komen dibawah ini ya.

P.s: Anda tidak tahu apakah affiliate? Sayangnya.. Tetapi jangan risau, dapatkan laporan percuma Rahsia Menjadi Affiliate yang saya sediakan untuk mereka-mereka yang berminat untuk mempunyai perniagaan internet sendiri menerusi pemasaran affiliate. Klik sini

Belajar Menulis Surat Jualan

On July 28, 2010, in belajar, by shahrulfaizi

Tahukah anda teknik penulisan surat jualan amat penting untuk menjalankan perniagaan internet? Jika anda seorang usahawan di dunia nyata @ offline, anda pasti memerlukan teknik komunikasi yang berkesan untuk berurusan dengan bakal pelanggan anda. Jika anda tidak pandai bercakap untuk mempromosikan produk anda sudah semestinya mereka tidak berminat untuk membeli walaupun produk anda itu bagus dan terbaik!

Terus terang saya katakan saya boleh menghasilkan jualan di dunia nyata dengan mudah. Tidak kira apakah produk yang saya jual, saya dapat menyakinkan bakal pelanggan saya untuk membeli. Apabila saya menceburi perniagaan internet saya beranggap menjual di internet lebih mudah kerana saya tidak perlu berhadapan dan bercakap dengan bakal pelanggan saya. Akan tetapi, sangkaan saya 100% meleset kerana bukan mudah untuk menjual di internet jika anda tidak tahu caranya.

Baiklah, di sebabkan hal inilah teknik penulisan surat jualan memainkan peranan penting kerana jika pelawat melayari web jualan anda tetapi surat jualan tidak menarik minat mereka untuk membacanya dan akan menyebabkan pelawat atau bakal pelanggan anda akan meninggalkan web jualan anda dengan hanya 1 klik! Ya, dengan hanya 1 klik pelawat boleh meninggalkan web jualan dan saya pasti anda juga begitu bila melawati web promosi yang tidak menarik minat anda.

Untuk pengetahuan anda, sejak saya menceburi perniagaan internet saya begitu minat dalam bidang penulisan seperti menulis di blog, artikel, email, ebook, di facebook juga memerlukan penulisan. Dan baru-baru ini saya berpeluang menyertai Sesi Mastermind Team Pemikat Jualan yang di kendalikan oleh En. Safuan dan En. Zahrul Azua.

Sesi Mastermind Team Pemikat Jualan (Safuan & Zahrul)

Siapakah Safuan dan Zahrul Azua?

Untuk pengetahuan anda mereka juga usahawan internet, mereka lebih dikenali dengan nama Team Pemikat Jualan.  Jika ada ingin belajar bagaimana menulis surat jualan yang berkesan, saya syorkan anda belajar melalui ebook mereka kerana jika anda tidak mempunyai ilmu berkaitan penulisan surat jualan, akan menyebabkan anda sukar menjual produk anda di internet. Ya.. Sukar menghasilkan jualan walaupun produk anda bagus kerana surat jualan adalah senjata utama untuk perniagaan internet!

Zahrul Azua & Saya

Diatas adalah gambar saya dan Zahrul Azua, untuk pengetahuan anda, saya sendiri tidak sangka dapat berjumpa dengan beliau, dan menimba ilmu secara berdepan kerana sebelum ini saya cuma belajar daripada buku fizikal beliau sahaja (Jurus Pemikat Jualan). Apa yang saya dapat katakan, ilmu yang di kongsikan dan rahsia yang di bongkarkan ketika sesi mastermind yang lepas memang amat-amat membantu saya untuk menghasilkan surat jualan tanpa perlu pening kepala. Ya.. Amat mudah. Sesiapapun boleh melakukanya jika tahu teknik dan rahsia beliau.

Kiri (AminBeb), Tengah ( Safuan) dan saya.

Gambar diatas ini pula saya bersama usahawan internet yang berpengalaman, beliau dikenali dengan nama Aminbeb di dunia internet. Ketika saya mula-mula menjalankan perniagaan internet, saya juga berguru dengan beliau. Terima kasih di ucapkan kepada beliau.

Ha.. Yang tengah itu pula adalah Safuan lebih di kenali dengan nama Sipenglipurlara. Beliau sudah lama menceburi perniagaan internet sejak tahun 2006 lagi, kejayaan demi kejayaan telah beliau berjaya perolehi. Saya juga sudah memilki rahsia dan ilmu beliau di sesi mastermind tersebut. Bagi saya ilmu tentang penulisan email yang beliau bongkarkan amat-amat berguna untuk saya dan usahawan-usahawan internet yang lain.

Penulisan Surat Jualan

Sebenarnya untuk menghasilkan surat jualan yang benar-benar berkualiti dan berkesan tidak susah jika anda tahu caranya. Apa yang boleh saya katakan, sesi mastermind tersebut telah membantu saya memperbaiki teknik penulisan surat jualan yang saya tidak tahu selama ini. Oleh yang demikian, barulah saya tahu, surat jualan memainkan peranan penting untuk mengharungi perniagaan internet tambahan lagi jika anda menjual produk fizikal. Kesimpulannya, senang jer buat surat jualan. (Tak susah pun kalau kita tahu rahsia dan teknik sebenar!).

Saya harap, pada masa hadapan Team Pemikat Jualan menganjurkan seminar atau bengkel berkaitan teknik dan rahsia penulisan surat jualan mereka. Jika harga RM1000 untuk menyertai bengkel atau seminar tersebut, adalah amat berbaloi untuk disertai kerana dengan ilmu yang di perolehi akan membolehkan anda menjual di internet dengan berkesan. Tetapi jika anda tidak mampu untuk menyertai bengkel, seminar atau pun sesi mastermind mereka pada masa hadapan tetapi anda benar-benar serius untuk mngetahui rahsia dan teknik mereka, DAPATKAN RAHSIA SISTEM PEMIKAT JUALAN mereka sekarang!

Rahsia Sistem Pemikat Jualan

Maklumat lanjut tentang Rahsia Sistem Pemikat Jualan, sila Klik Sini

P.s: Saya tahu anda berminat untuk menghasilkan surat jualan untuk produk anda tetapi adakah anda tiada bakat untuk menulis. Jangan risau, saya sedia membantu anda. Upah sahaja saya.. :)

Jika berminat, hubungi saya. kliksini

Rahsia Menjadi Affiliate Akan Dibongkarkan

On July 21, 2010, in Affiliate, by shahrulfaizi

Tahukah anda, memulakan perniagaan internet tidak memerlukan modal yang besar, anda juga boleh bermula tanpa modal. Modal yang sebenar  adalah ilmu. Ya, ilmu amat penting untuk mengharungi perniagaan internet demi mengelakkan anda terjebak dengan program yang bukan-bukan.

Tanya pada diri anda, adakah anda mempunyai masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari? Mempunyai komputer? Sambungan internet? Jika anda mempunyai 3 keperluan tersebut, tiada alasan lagi untuk anda tidak melakukan perniagaan internet dari rumah.

Saya faham masalah anda, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada masalah kewangan. Akan tetapi untuk menyelesaikannya, kita hendaklah mencari peluang pendapatan sampingan yang dapat membantu kita daripada masalah kewangan yang serius.

Kebanyakan usahawan internet yang berjaya sekarang ini, mereka juga pernah mengalami masalah kewangan yang serius, begitu juga saya. Oleh itu, kita janganlah putus asa untuk meneruskan kehidupan. Bukan apa, ada juga individu yang membuat keputusan yang tidak sepatutnya sehingga membunuh diri.

Tahukah anda, menghadapi masalah kewangan yang serius lebih baik daripada membuat keputusan untuk membunuh diri? Fikir-fikirkan! -ShahrulFaizi-


"Terbaik!"

Bagi saya ilmu daripada Ebook Rahsia Menjadi Affiliate cukup bagus kerana ia diterangkan langkah demi langkah mengikut modul, ia juga mudah untuk dilaksanakan dan difahami kerana saya tidak perlu mahir dalam IT.

Tidak sabar rasanya untuk saya menyelesaikan tugasan yang disediakan di dalam setiap modul,supaya saya dapat menjana pendapatan lumayan melalui internet dengan melakukan pemasaran affiliate yang telah saya pelajari.

Terima kasih dan syabas kepada Shahrul Faizi.

Abdul Mutalib

www.RahsiaJusManggis.co.cc



 

Adakah anda ingin menjana pendapatan lumayan di internet dengan cara mudah seperti yang saya lakukan melalui affiliate?

Layari www.RahsiaMenjadiAffiliate.com

Masalah Kewangan Vs Kelas Online Affiliate

On July 17, 2010, in Affiliate, by shahrulfaizi

Hari demi hari, saya sentiasa menerima email daripada orang ramai, terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi menghubungi saya. Untuk pengetahuan anda semua, saya sudi menerima email daripada anda dan saya akan cuba menjawab serta membalasnya sebaik mungkin.

Baiklah, entri kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang email-email yang selalu saya terima, antaranya, email berkaitan perniagaan internet. Kebanyakan individu yang menghantar email kepada saya bercerita tentang masalah kewangan yang mereka hadapi, mereka buntu memikirkan jalan penyelesaian, ada di antara mereka juga menyatakan hasrat kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan internet. Akan tetapi, kekurangan modal dan tidak tahu caranya.

Contoh Email

Untuk pengetahuan anda semua, saya ni bukanlah seorang yang pakar dalam perniagaan internet (tak layak lagi), akan tetapi saya sudah banyak melabur dari segi wang untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan internet serta menyertai bengkel atau seminar yang berharga ratusan ringgit untuk berguru dengan pakar perniagaan internet.  Oleh itu, apa yang anda emailkan kepada saya, saya akan jawab sebaik mungkin, jika saya tidak tahu sekali pun saya akan bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain, semata-mata untuk menjawab pertanyaan anda.

Contoh Email 2

Saya faham masalah anda, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada masalah kewangan. Akan tetapi untuk menyelesaikannya, kita hendaklah mencari peluang pendapatan sampingan yang dapat membantu kita daripada masalah kewangan yang berat. Kebanyakan usahawan internet yang berjaya sekarang ini, mereka juga pernah mengalami masalah kewangan yang serius, begitu juga saya. Oleh itu, kita janganlah putus asa untuk meneruskan kehidupan. Bukan apa, ada juga individu yang membuat keputusan yang tidak sepatutnya sehingga membunuh diri.

Tahukah anda, menghadapi masalah kewangan yang serius lebih baik daripada membuat keputusan untuk membunuh diri? Fikir-fikirkan!

Contoh Email 3

Oleh itu, jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan internet dan inginkan pendapatan sampingan, saya syorkan anda melakukan Pemasaran Affiliate kerana ia amat mudah. Apa yang penting adalah ilmu untuk menjalankannya.

Pelajari Langkah Demi Langkah Buat Duit Dengan Affiliate

Gambar di bawah ini adalah contoh komisyen affiliate yang saya perolehi. Untuk pengetahuan anda, pemasaran affiliate adalah seperti promoter atau pengedar di dunia nyata. Anda hanya perlu mempromosikan sesuatu produk dan komisyen di bayar berdasarkan jualan.

Komisyen RM200 Untuk 1 Jualan

Gambar di atas adalah komisyen berjumlah RM200 yang saya perolehi. 1 jualan bersamaan RM200. Jika saya hasilkan 10 jualan? Saya sudah memprolehi RM2000. Itu baru 1 produk yang saya promosikan, jika 10 produk? Komisyen yang berbeza-beza? Anda fikirkan sendiri. Pemasaran Affiliate Pay Per Sale (PPS) sangat mudah untuk dilakukan jika anda tahu caranya.

Gambar dibawah ini pula adalah Program Affiliate Pay Per Lead (PPL), anda di bayar komisyen berdasarkan lead. Sebagai contoh, anda mempromosikan ebook, laporan, dan macam lagi secara percuma. Jika ada orang download melalui usaha promosi anda itu anda akan dibayar komisyen.

Komisyen-Komisyen Program Affiliate Pay Per Lead (PPL)

Gambar rajah di atas adalah contoh komisyen-komisyen agen affiliate yang mempromosi sebuah video percuma yang di anjurkan oleh seorang usahawan internet. Affiliate PPL adalah kegemaran setiap agen affiliate untuk buat duit kerana ia amat mudah untuk dilakukan.

Baiklah, hari ini, saya ada satu tawaran untuk anda. Jika anda berminat untuk buat duit dengan affiliate, anda boleh sertai kelas online yang saya jalankan melalui email. Jika anda berminat, sila hubungi saya. Saya akan berikan anda 2 modul percuma pembelajaran langkah demi langkah untuk menjadi agen affiliate.

Apa kata mereka yang sudah menyertai kelas online saya dibawah ini:

Contoh Email 4

Kelas online yang saya jalankan ini adalah terhad untuk 20 orang terawal kerana saya tidak mampu untuk menerima ramai anak murid. Harus di ingatkan, kelas online saya tidak sesuai untuk mereka yang:

1. Sudah tahu apa itu affiliate.

2. Sudah merasai pendapatan melalui affiliate.

3.  Malas untuk belajar walaupun langkah demi langkah telah disediakan.

4. Tidak berani untuk mengeluarkan modal untuk ilmu.

5. Tidak percaya akan perniagaan internet.

6. Lebih berminat dengan  skim-skim cepat kaya daripada perniagaan internet sebenar.

Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Jika anda mempunyai apa yang saya senaraikan, sila abaikan tawaran saya ini kerana anda tidak sesuai untuk menyertai kelas online saya. Beri peluang kepada mereka yang benar-benar berminat sahaja.

Berapakah bayaran untuk menyertai kelas online saya ini? Untuk pengetahuan anda, jika anda betul-betul berminat, anda tidak perlu bayar untuk menyertai kelas online saya kerana saya berikan 2 modul secara percuma untuk anda belajar bagaimana menjadi affiliate dengan syarat anda mendapatkan Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet seperti gambar di atas yang berharga RM10. Klik sini

P.s: Ketika entri ini ditulis, kuota kelas online saya hanya tinggal 14 kekosongan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya. klik sini

Ketahui Bagaimana Pemasaran Affiliate Dapat Membantu Anda Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Perlu Bekerja Keras! Sesiapapun boleh melakukannya secara sambilan. Layari www.RahsiaMenjadiAffiliate.com

Jangan Buat Perniagaan Internet

On July 8, 2010, in Artikel, by shahrulfaizi


Hari ini saya sudah hilang sabar dengan email-email spam yang masuk tanpa izin saya dan mempromosikan skim-skim buat duit di internet yang bukan-bukan. Mana boleh bayar RM20 dapat pendapatan sehingga 5 angka dengan duduk diam? Macam-macam lagi, RM10 lah, RM100 lah, apa semua ni? Kalau betul itu di anggap perniagaan internet, tolong tunjuk diri anda sebenar, tunjuk kewujudan anda sebagai penganjur program tersebut kalau berani. Jangan nak tipu duit orang sahaja. Kau untung, orang lain yang rugi. Tak halal income kau dunia akhirat.

Jauhi Skim Internet!

Baiklah, kepada pembaca blog  yang saya kasihi sekalian, saya beri amaran kepada anda.. JANGAN BUAT PERNIAGAAN INTERNET JIKA TIADA ILMU!! Ingat, setiap perniagaan yang ingin anda ceburi  memerlukan ilmu, bukannya anda buang duit dengan menyertai skim internet yang bukan-bukan. Saya harap anda bijak membuat keputusan kerana saya tidak mahu anda tertipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan anda, setiap hari ada sahaja skim-skim yang muncul di internet ini, setiap hari jugalah ada sahaja mangsa-mangsa yang menyertainya. Kebanyakannya, mereka yang terdesak memerlukan wang, dan disebabkan itulah mereka menyertai skim-skim ini.

Kenapa jadi begini? Kawan-kawan sekalian, janganlah anda mempercayai email-email spam yang masuk di dalam inbox anda yang mempromosikan skim-skim buat duit di internet. (email spam bermaksud, email yang diterima tanpa anda kehendaki, tidak mengenali siapa diri penghantar, tidak pernah mendaftarkan email anda untuk menerima email daripada mereka dan lain-lain.

Jangan Buat Perniagaan Internet Jika Tiada Ilmu

Tidak di nafikan, saya juga pernah menyertai skim-skim ini, dan saya mengaku ketika itu saya tiada ilmu tentang perniagaan internet kerana saya sangkakan skim-skim inilah yang dinamakan perniagaan internet atau buat duit di internet. Tetapi ia adalah skim-skim yang akan mengkayakan pihak penganjur sahaja dan sudah semestinya bukan perniagaan internet yang sebenar!!

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi kepada anda semua, untuk pengetahuan anda semua saya adalah seorang usahawan internet. Saya menjalankan perniagaan internet dan sudah semestinya buat duit di internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan internet?

Pengguna internet menjadikan internet sebagai platform untuk berurusniaga sama ada menjual produk fizikal, digital atau menawarkan perkhidmatan kepada pelawat yang berminat. Bukannya mendaftarkan diri, dan membayar pendaftaran ahli, promosikan pada kawan-kawan, ajak sertai sama, sampai bila?? Apakah produk yang didagangkan? Dan ini sudah terbukti bukan perniagaan internet. Renung-renungkanlah.

Kawan-kawan sekalian, tahukah anda blog juga boleh menghasilkan pendapatan? Ya!! Anda juga boleh buat duit dengan blog anda. Jadi, jangan lepaskan peluang!!

Kepada mereka-mereka diluar sana, saya harap, penulisan artikel saya ini akan menyedarkan anda untuk tidak menyertai skim-skim di internet. Jika anda benar-benar ingin menceburi bidang perniagaan internet, anda sebenarnya boleh memulakannya tanpa modal.. Ya!! Saya dahulu bermula tanpa modal. Modal yang sebenar adalah ilmu, tanpa ilmu saya juga tidak akan merasa duit daripada internet.

Nasihat saya, dapatkan ilmu sebelum anda menjalankan perniagaan internet. Jika anda berminat serta serius untuk menjalankan perniagaan internet..

Dapatkan Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet. Sudah semestinya pelaburan yang berbaloi-baloi. Klik Sini untuk keterangan lanjut. Pelaburan untuk ilmu adalah lebih baik daripada anda membuang duit menyertai program-program yang tiada faedah ini.

Ikhlas,

Shahrul Faizi (RemajaBlogger.com)

iBlog by PageLines