Masalah Kewangan Vs Kelas Online Affiliate

On July 17, 2010, in Affiliate, by shahrulfaizi

Hari demi hari, saya sentiasa menerima email daripada orang ramai, terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi menghubungi saya. Untuk pengetahuan anda semua, saya sudi menerima email daripada anda dan saya akan cuba menjawab serta membalasnya sebaik mungkin.

Baiklah, entri kali ini saya ingin bercerita sedikit tentang email-email yang selalu saya terima, antaranya, email berkaitan perniagaan internet. Kebanyakan individu yang menghantar email kepada saya bercerita tentang masalah kewangan yang mereka hadapi, mereka buntu memikirkan jalan penyelesaian, ada di antara mereka juga menyatakan hasrat kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan internet. Akan tetapi, kekurangan modal dan tidak tahu caranya.

Contoh Email

Untuk pengetahuan anda semua, saya ni bukanlah seorang yang pakar dalam perniagaan internet (tak layak lagi), akan tetapi saya sudah banyak melabur dari segi wang untuk menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan internet serta menyertai bengkel atau seminar yang berharga ratusan ringgit untuk berguru dengan pakar perniagaan internet.  Oleh itu, apa yang anda emailkan kepada saya, saya akan jawab sebaik mungkin, jika saya tidak tahu sekali pun saya akan bertanya kepada rakan-rakan usahawan internet yang lain, semata-mata untuk menjawab pertanyaan anda.

Contoh Email 2

Saya faham masalah anda, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada masalah kewangan. Akan tetapi untuk menyelesaikannya, kita hendaklah mencari peluang pendapatan sampingan yang dapat membantu kita daripada masalah kewangan yang berat. Kebanyakan usahawan internet yang berjaya sekarang ini, mereka juga pernah mengalami masalah kewangan yang serius, begitu juga saya. Oleh itu, kita janganlah putus asa untuk meneruskan kehidupan. Bukan apa, ada juga individu yang membuat keputusan yang tidak sepatutnya sehingga membunuh diri.

Tahukah anda, menghadapi masalah kewangan yang serius lebih baik daripada membuat keputusan untuk membunuh diri? Fikir-fikirkan!

Contoh Email 3

Oleh itu, jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan internet dan inginkan pendapatan sampingan, saya syorkan anda melakukan Pemasaran Affiliate kerana ia amat mudah. Apa yang penting adalah ilmu untuk menjalankannya.

Pelajari Langkah Demi Langkah Buat Duit Dengan Affiliate

Gambar di bawah ini adalah contoh komisyen affiliate yang saya perolehi. Untuk pengetahuan anda, pemasaran affiliate adalah seperti promoter atau pengedar di dunia nyata. Anda hanya perlu mempromosikan sesuatu produk dan komisyen di bayar berdasarkan jualan.

Komisyen RM200 Untuk 1 Jualan

Gambar di atas adalah komisyen berjumlah RM200 yang saya perolehi. 1 jualan bersamaan RM200. Jika saya hasilkan 10 jualan? Saya sudah memprolehi RM2000. Itu baru 1 produk yang saya promosikan, jika 10 produk? Komisyen yang berbeza-beza? Anda fikirkan sendiri. Pemasaran Affiliate Pay Per Sale (PPS) sangat mudah untuk dilakukan jika anda tahu caranya.

Gambar dibawah ini pula adalah Program Affiliate Pay Per Lead (PPL), anda di bayar komisyen berdasarkan lead. Sebagai contoh, anda mempromosikan ebook, laporan, dan macam lagi secara percuma. Jika ada orang download melalui usaha promosi anda itu anda akan dibayar komisyen.

Komisyen-Komisyen Program Affiliate Pay Per Lead (PPL)

Gambar rajah di atas adalah contoh komisyen-komisyen agen affiliate yang mempromosi sebuah video percuma yang di anjurkan oleh seorang usahawan internet. Affiliate PPL adalah kegemaran setiap agen affiliate untuk buat duit kerana ia amat mudah untuk dilakukan.

Baiklah, hari ini, saya ada satu tawaran untuk anda. Jika anda berminat untuk buat duit dengan affiliate, anda boleh sertai kelas online yang saya jalankan melalui email. Jika anda berminat, sila hubungi saya. Saya akan berikan anda 2 modul percuma pembelajaran langkah demi langkah untuk menjadi agen affiliate.

Apa kata mereka yang sudah menyertai kelas online saya dibawah ini:

Contoh Email 4

Kelas online yang saya jalankan ini adalah terhad untuk 20 orang terawal kerana saya tidak mampu untuk menerima ramai anak murid. Harus di ingatkan, kelas online saya tidak sesuai untuk mereka yang:

1. Sudah tahu apa itu affiliate.

2. Sudah merasai pendapatan melalui affiliate.

3.  Malas untuk belajar walaupun langkah demi langkah telah disediakan.

4. Tidak berani untuk mengeluarkan modal untuk ilmu.

5. Tidak percaya akan perniagaan internet.

6. Lebih berminat dengan  skim-skim cepat kaya daripada perniagaan internet sebenar.

Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet

Jika anda mempunyai apa yang saya senaraikan, sila abaikan tawaran saya ini kerana anda tidak sesuai untuk menyertai kelas online saya. Beri peluang kepada mereka yang benar-benar berminat sahaja.

Berapakah bayaran untuk menyertai kelas online saya ini? Untuk pengetahuan anda, jika anda betul-betul berminat, anda tidak perlu bayar untuk menyertai kelas online saya kerana saya berikan 2 modul secara percuma untuk anda belajar bagaimana menjadi affiliate dengan syarat anda mendapatkan Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet seperti gambar di atas yang berharga RM10. Klik sini

P.s: Ketika entri ini ditulis, kuota kelas online saya hanya tinggal 14 kekosongan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya. klik sini

Ketahui Bagaimana Pemasaran Affiliate Dapat Membantu Anda Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Perlu Bekerja Keras! Sesiapapun boleh melakukannya secara sambilan. Layari www.RahsiaMenjadiAffiliate.com

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

8 Responses to “Masalah Kewangan Vs Kelas Online Affiliate”

  1. fauzi says:

    macam mana nak buat affiliate

  2. shahrulfaizi says:

    Dapatkan ebook 7 langkah mudah buat duit di internet yang berharga RM10 di http://remajablogger.com/7langkah

    Selepas pembelian di sahkan, anda layak menyertai kelas online saya dan belajar 2 modul pemasaran affiliate secara percuma.

    Dapatkan sebelum kuota di penuhi.

    Hanya tinggal 14 kekosongan sahaja setakat ini.

  3. Fazli says:

    wah. mantap… satu sales saja dah dapat komisen RM200.

  4. ShahrulFaizi says:

    Alhamdulillah.. itulah kelebihan affiliate.. Jumlah komisyen affiliate berbeza mengikut harga produk.. Semakin tinggi harga produk, semakin tinggi komisyen affiliate. :)

  5. ShahrulFaizi says:

    Kuota kelas online affiliate hanya tinggal 12 kekosongan sahaja lagi..

    Harap maklum

  6. hyprobulksms says:

    Saya dah lewat sangat ke ni? Rasanya belum sebulan.. Kouta untuk kelas akan datang ada lagi tak?

  7. shahrulfaizi says:

    Maafkan saya saudara, kelas online yang pertama sudah di penuhi.. Sekarang saya sudah membuka 20 kuota lagi, akan tetapi kuato tersebut semakin berkurangan.. Jika saudara berminat, sila layari http://rkurl.com/rahsiaaff dan bertindak dengan segera.. Terima kasih..

  8. ShahrulFaizi says:

    [PENGUMUMAN] Kelas online pemasaran affiliate telah ditutup..

    Terima kasih..

Leave a Reply

Spam protection by WP Captcha-Free

iBlog by PageLines