Ramai diantara kita yang bekerja makan gaji mempunyai impian untuk menjadi bos serta ingin sekali mempunyai syarikat sendiri. Akan tetapi masalah modal menjadi penghalang kepada mereka yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan dan juga takut untuk menghadapi risiko kerugian jika melakukan perniagaan sendiri dan berasa lebih selesa bekerja makan gaji kerana setiap bulan dapat gaji tetap. Adakah gaji yang anda dapat itu cukup? Bagi saya? Semakin besar gaji anda semakin banyak hutang yang perlu dibayar setiap bulan.
Bagi menyelesaikan masalah ini, tips saya pada entri kali ini ialah lakukan perniagaan internet dan pemasaran affiliate secara sambilan. Bagi saya memulakan perniagaan internet tidak memerlukan modal yang besar, anda juga boleh bermula tanpa modal. Modal yang sebenar adalah ilmu. Ya, ilmu amat penting untuk mengharungi perniagaan internet demi mengelakkan anda terjebak dengan program yang bukan-bukan. Tanya pada diri anda, adakah anda mempunyai masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari? Mempunyai komputer? Sambungan internet? Jika anda mempunyai 3 keperluan tersebut, tiada alasan lagi untuk anda tidak melakukan perniagaan internet dari rumah.
Pemasaran Affiliate adalah jalan terbaik untuk anda memulakan perniagaan internet dari rumah. Anda berpeluang menjana pendapatan melalui produk orang lain. Apa yang perlu anda lakukan hanya lakukan promosi untuk menghasilkan jualan dan terima komisen anda. Yang menariknya, pendaftaran affiliate adalah percuma dan anda boleh bermula tanpa modal.
Selain itu, untuk menjadi pakar dalam pemasaran affiliate anda juga boleh belajar dan tiru mereka yang sudah berjaya dalam bidang ini. Jangan takut laburkan wang anda untuk ilmu, kerana pelaburan yang terbaik adalah untuk ilmu. Jadi dapatkan ilmu Pemasaran Affiliate.
Apa yang menariknya, hanya dengan affiliate tidak mustahil anda boleh menjana pendapatan sehingga 5 angka, pendapatan ini telah terbukti dihasilkan oleh agen-agen affiliate yang ada di Malaysia. Apa yang perlu anda ketahui adalah teknik pemasaran yang terbaik. Ini adalah rahsia sebenar untuk menjadi agen affiliate yang berjaya.
Akhirnya, dengan teknik promosi yang berkesan, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui affiliate tanpa produk sendiri di internet. Jika anda mahu mengubah taraf kehidupan anda tetapi anda tiada modal, ANDA SILAP! Jika anda mempunyai komputer dan internet, anda sudah boleh memulakannya. Tiada alasan untuk anda tidak bermula. Anda juga boleh melakukan perniagaan internet secara sambilan dari rumah, walaupun anda mempunyai pekerjaan tetap.
Jika anda benar-benar serius untuk melakukan perniagaan internet melalui pemasaran affiliate, dapatkan Panduan Percuma yang saya sediakan klik sini.




































































Pemasaran affiliate amat mudah untuk dilakukan jika kita mempunyai ilmu untuk menjalankannya, yang menariknya pendaftaran untuk menjadi agen affiliate kebanyakannya percuma.
Oleh itu, pemasaran affiliate adalah perniagaan internet yang mesti di ceburi oleh semua orang kerana ia tidak memerlukan modal yang tinggi, modal yang sebenar adalah ilmu.
Saya mula berminat untuk menjana pendapatan sampingan dari affiliate.. pada saya perniagaan internet amat mudah jika kita ada ilmu yang cukup untuk memahami nya..
salah satu kelebihan affiliate ni kite dapat buat duit tanpa mengira masa. lagipun saya yakin sebab sudah ramai yang berjaya dengan system affiliate tersebut.. kita tidak memerlukan modal yang begitu besar untuk memulakannya.. hanya memerlukan modal untuk ilmu sahaja dan ilmu tersebut tidak ternilai harganya apabila dipraktik kelak… Ia mesti diceburi oleh setiap orang..
jika tiada produk macmne?
Jika tiada produk? Maksud saudara? Untuk menjadi affiliate, kita tak perlukan produk sendiri, kita cuma perlu mendaftarkan diri sebagai agen affiliate, dan promosikan produk orang lain.. itu sahaja..