Belajar Menulis Surat Jualan
Tahukah anda teknik penulisan surat jualan amat penting untuk menjalankan perniagaan internet? Jika anda seorang usahawan di dunia nyata @ offline, anda pasti memerlukan teknik komunikasi yang berkesan untuk berurusan dengan bakal pelanggan anda. Jika anda tidak pandai bercakap untuk mempromosikan produk anda sudah semestinya mereka tidak berminat untuk membeli walaupun produk anda itu bagus dan terbaik!
Terus terang saya katakan saya boleh menghasilkan jualan di dunia nyata dengan mudah. Tidak kira apakah produk yang saya jual, saya dapat menyakinkan bakal pelanggan saya untuk membeli. Apabila saya menceburi perniagaan internet saya beranggap menjual di internet lebih mudah kerana saya tidak perlu berhadapan dan bercakap dengan bakal pelanggan saya. Akan tetapi, sangkaan saya 100% meleset kerana bukan mudah untuk menjual di internet jika anda tidak tahu caranya.
Baiklah, di sebabkan hal inilah teknik penulisan surat jualan memainkan peranan penting kerana jika pelawat melayari web jualan anda tetapi surat jualan tidak menarik minat mereka untuk membacanya dan akan menyebabkan pelawat atau bakal pelanggan anda akan meninggalkan web jualan anda dengan hanya 1 klik! Ya, dengan hanya 1 klik pelawat boleh meninggalkan web jualan dan saya pasti anda juga begitu bila melawati web promosi yang tidak menarik minat anda.
Untuk pengetahuan anda, sejak saya menceburi perniagaan internet saya begitu minat dalam bidang penulisan seperti menulis di blog, artikel, email, ebook, di facebook juga memerlukan penulisan. Dan baru-baru ini saya berpeluang menyertai Sesi Mastermind Team Pemikat Jualan yang di kendalikan oleh En. Safuan dan En. Zahrul Azua.
Siapakah Safuan dan Zahrul Azua?
Untuk pengetahuan anda mereka juga usahawan internet, mereka lebih dikenali dengan nama Team Pemikat Jualan. Jika ada ingin belajar bagaimana menulis surat jualan yang berkesan, saya syorkan anda belajar melalui ebook mereka kerana jika anda tidak mempunyai ilmu berkaitan penulisan surat jualan, akan menyebabkan anda sukar menjual produk anda di internet. Ya.. Sukar menghasilkan jualan walaupun produk anda bagus kerana surat jualan adalah senjata utama untuk perniagaan internet!
Diatas adalah gambar saya dan Zahrul Azua, untuk pengetahuan anda, saya sendiri tidak sangka dapat berjumpa dengan beliau, dan menimba ilmu secara berdepan kerana sebelum ini saya cuma belajar daripada buku fizikal beliau sahaja (Jurus Pemikat Jualan). Apa yang saya dapat katakan, ilmu yang di kongsikan dan rahsia yang di bongkarkan ketika sesi mastermind yang lepas memang amat-amat membantu saya untuk menghasilkan surat jualan tanpa perlu pening kepala. Ya.. Amat mudah. Sesiapapun boleh melakukanya jika tahu teknik dan rahsia beliau.
Gambar diatas ini pula saya bersama usahawan internet yang berpengalaman, beliau dikenali dengan nama Aminbeb di dunia internet. Ketika saya mula-mula menjalankan perniagaan internet, saya juga berguru dengan beliau. Terima kasih di ucapkan kepada beliau.
Ha.. Yang tengah itu pula adalah Safuan lebih di kenali dengan nama Sipenglipurlara. Beliau sudah lama menceburi perniagaan internet sejak tahun 2006 lagi, kejayaan demi kejayaan telah beliau berjaya perolehi. Saya juga sudah memilki rahsia dan ilmu beliau di sesi mastermind tersebut. Bagi saya ilmu tentang penulisan email yang beliau bongkarkan amat-amat berguna untuk saya dan usahawan-usahawan internet yang lain.
Sebenarnya untuk menghasilkan surat jualan yang benar-benar berkualiti dan berkesan tidak susah jika anda tahu caranya. Apa yang boleh saya katakan, sesi mastermind tersebut telah membantu saya memperbaiki teknik penulisan surat jualan yang saya tidak tahu selama ini. Oleh yang demikian, barulah saya tahu, surat jualan memainkan peranan penting untuk mengharungi perniagaan internet tambahan lagi jika anda menjual produk fizikal. Kesimpulannya, senang jer buat surat jualan. (Tak susah pun kalau kita tahu rahsia dan teknik sebenar!).
Saya harap, pada masa hadapan Team Pemikat Jualan menganjurkan seminar atau bengkel berkaitan teknik dan rahsia penulisan surat jualan mereka. Jika harga RM1000 untuk menyertai bengkel atau seminar tersebut, adalah amat berbaloi untuk disertai kerana dengan ilmu yang di perolehi akan membolehkan anda menjual di internet dengan berkesan. Tetapi jika anda tidak mampu untuk menyertai bengkel, seminar atau pun sesi mastermind mereka pada masa hadapan tetapi anda benar-benar serius untuk mngetahui rahsia dan teknik mereka, DAPATKAN RAHSIA SISTEM PEMIKAT JUALAN mereka sekarang!
Maklumat lanjut tentang Rahsia Sistem Pemikat Jualan, sila Klik Sini
P.s: Saya tahu anda berminat untuk menghasilkan surat jualan untuk produk anda tetapi adakah anda tiada bakat untuk menulis. Jangan risau, saya sedia membantu anda. Upah sahaja saya..
Jika berminat, hubungi saya. kliksini



































































