Hari ini, saya telah bersemangat seperti biasa dan mula menjalankan aktiviti online seperti biasa. Kepada anda yang menghantar email kepada saya, bertanyakan keadaan saya, terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa juga yang mengajak saya keluar jalan-jalan untuk relis tension, anda semua memang sporting. Terima Kasih banyak.
Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi sedikit tentang Kuasa Fan Page Facebook. Jika sebelum ini saya telah menghadiri bengkel ebook, nampaknya, rakan seperjuangan saya telah melancarkan ebook beliau tentang Kuasa Fan Page. Sahabat saya,saudara Azrul baru sahaja membocorkan teknik rahsia di facebook yang saya sendiri tidak terfikir akan kehebatannya.
Teknik ini bagi saya cukup hebat dan teknik yang dimaksudkan adalah tentang fan page di facebook. Fan Page merupakan salah satu dari teknik terbaru dan merupakan teknik pemasaran facebook yang berkesan. Sebelum ini anda pernah menggunakan profile dan juga
group. Apa kata anda mencuba fan page pula?
Tetapi kenapa Fan Page?
Saya akan ceritakan satu persatu kenapa fan page adalah senjata baru yang wajib perlu ada dalam dimasa kini. Fan page adalah revolusi jualan, dan sejak fan page dijalankan, ramai pakar-pakar Internet dunia cuba menggunakan kaedah fan page ini. Dan ternyata jualan mereka semakin naik kerana beberapa kesan seperti:
1. Penglibatan secara langsung Pelanggan dan bakal pelanggan kepada mereka mereka melalui kaedah direct messaging. (sistem web 2.0)
2. Produk boleh diberi fokus dengan lebih kerana fan page mempunyai komponen seperti video, photos, notes, discussion dan review.
3. Antara yang hebat menjalankan aktiviti ini kebanyakan syarikat swasta luar negara yang mengenakan cas yang standard dan kerana kurangnya pengetahuan orang ramai mengenai perkara ini.
Fan page mempunyai ciri-ciri yang baik untuk :
1. Perniagaan produk – fizikal atau online
2. Branding Produk / Servis – Ini bertujuan untuk membentuk brand awareness.
Pada pandangan saya, fan page amat diperlukan kerana terdapat 500 juta pengguna di seluruh dunia dan 7 Juta adalah daripada Malaysia. Jika dibandingkan dengan skop menjual, sudah tentu anda perlu jual ditempat yang mempunyai ramai orang dan facebook adalah salah satu tempat yang terbaik.
Untuk reach customer dengan targeted secara demographic, facebook juga menyediakan
pengiklanan direct kepada pengguna facebook lain. Erti kata lain, anda boleh bayar facebook
untuk menyampaikan iklan anda kepada orang yang tepat. Jadi jimat kos kerana anda
tidak melakukan mass marketing tetapi targeted marketing. Langkah-langkah untuk membina fan page adalah sangat mudah, semudah abc 123. Dalam facebook anda memerlukan fan page selain profile anda.
Ini kerana fan page mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Fan page boleh digoogle – ini bermaksud keyword fan page anda akan di index oleh google. Bermakna anda juga telah membuat backlink kepada produk dan servis anda sendiri.
2. Fan page tidak perlu login – pelawat tidak perlu login untuk melihat tawaran anda. Erti kata lain, selepas pelawat google dan dapat lihat fan page anda tanpa perlu login. Ini berbeza denga profile dan group.
3. Fan page boleh memaparkan tawaran produk – dengan menggunakan fan page, anda boleh memaparkan produk anda dibahagian photos, notes atau video . Jadi anda mempunyai galeri produk dan penerangan tanpa perlu fikirkan kos hosting dan domain tambahan.
4. Fan page sesuai untuk digunakan untuk bina kredibiliti – anda boleh menggunakan fan page untuk bina kredibilit anda. Dengan cara anda menulis notes, memberi review dan juga posting kepada blog dimana link akan muncul secara automatik dengan penggunaaan applikasi
tertentu.
5. Fan page lebih power dengan aplikasi yang profile ada, fan page boleh gunakan. Antaranya ialah status twitter anda dipostkan secara automatik ke newsfeed.
6. Fan page dapat kumpul email list – anda tentu tahu bahagian pemasaran paling penting ialah emai list, fan page boleh memaparkan opt-in autoresponder anda dihadapan wall utama.
7. Fan Page juga mempunyai landing tab – ini bermaksud fan page mempunyai keupayaan redirect bakal pelanggan anda dengan landing tab yang ada dalam fan page. Anda letakkan tawaran berkesan anda dan letakkan opt-in supaya selain pelawat ‘like’ page anda, mereka juga opt-in.
8 . Fan Page mempunyai ‘like’ button, like button ini berfungsi sebagai soft-optin, bermaksud, hanya selepas pelawat dan pengguna facebook like page anda, sebarang update dari anda boleh dilihat di newsfeed mereka. Jika ada 11000 yang like page anda, bermakna newsfeed anda akan muncul pada newsfeed mereka secara ‘live’.
9. Dan yang terbaru dikeluarkan oleh Facebook ialah Social Plugin. Tujuaannya ialah
untuk membantu page anda lebih VIRAL dengan Social plugin..
Nak tahu lebih lanjut berkenaan Kuasa Fan Page?
Layari www.KuasaFanPage.com
Ini adalah sebahagian maklumat yang dapat saya kongsikan tentang Kehebatan Fan Page. Jika anda rasa artikel saya ini berguna dan ingin letakkan di blog anda. Sila berikan kredit kepada blog ini dan dilarang mengubah isi kandungan artikel ini.
P.s: Sertai Fan Page Perniagaan Internet Dan Pemasaran Affiliate Klik sini































































