Entri untuk kali ini saya sediakan khas untuk anda semua demi mengelakkan anda menyertai skim-skim internet yang tiada faedah. Baru-baru ini, saya dan usahawan-usahawan internet yang lain berperang di Facebook tentang Program Login Facebook Dapat Duit.
Sila tonton video di bawah ini.
Untuk pengetahuan anda, kami usahawan-usahawan internet sentiasa berusaha serta bergabung tenaga untuk membanteras program-program sedemikian di internet ini. Walau sekuat mana kami berusaha adalah sia-sia jika anda tidak bijak membuat keputusan dengan menyertai program-program tersebut.
Oleh itu, sila buat keputusan yang bijak kerana tiada program internet yang boleh memberikan anda kekayaan sekelip mata, hari ini daftar, esok kaya! Begitu juga Program Login Facebook Dapat Duit ini, program yang menipu. Bayar RM100 dapat RM1000! Kalau begitu mudah, semua orang akan duduk dirumah dan login Facebook sahaja.
Apa yang menyedihkan saya, kebanyakan yang menyertainya adalah bangsa Melayu. Memang tidak dinafikan, ramai di antara kita mahukan duit dengan cara mudah. Tetapi harus di ingatkan, walaupun program ini memudahkan anda mendapat duit (tipu duit orang), sampai hatikah anda memberi hasil pendapatan yang tidak halal kepada Mak, Bapak, Anak, Bini? Sila renung-renungkan. Saya tidak mahu anda terjebak dengan program sedemikian.
Apa yang menyebabkan kami berperang di Facebook baru-baru ini?
Ini adalah kerana, salah seorang ahli program tersebut telah melakukan promosi yang tidak beretika iaitu dengan selambanya menge”tag” gambar Program Login Facebook Dapat Duit kepada salah seorang usahawan internet yang boleh di anggap “otai”. Ya beliau adalah seorang usahawan internet yang sebenar dan berpengalaman.
Oleh yang demikian, kami segera menegur kesalahan yang dilakukan oleh ahli berkenaan. Maka, terhasil lah video seperti di atas dengan harapan dapat menyedarkan masyarakat daripada tidak menyertai program tersebut.
Akan tetapi, harus di ingatkan saya bukanlah seorang yang pakar dalam hukum hakam ini. Jika anda tidak berpuas hati dengan apa yang saya sediakan di dalam entri ini. Sila berikan hujah anda berkaitan program tersebut. Kliksini.. Hujah anda memang di alu-alukan.
Thanks to: Gerila IM & Si Ka Lang































































